24 Nov
Kelas Mengaji untuk Kanak-Kanak Peringkat Asas
Kelas mengaji untuk kanak-kanak peringkat asas akan diadakan 2 kali seminggu iaitu Khamis malam Jumaat dan Jumaat malam Sabtu, jam 8 – 9.15 malam. Kelas bermula 1 December 2011 (6 Muharram 1433). Ibubapa yang berminat silalah mendaftar di Darussyifa Shah Alam pada hari dan masa berkenaan.
23 Nov
PROGRAM CUTI SEKOLAH : KEMANTAPAN IMAN DAN SAHSIAH (KIDS)
TERKINI!!! PROGRAM KELOLAAN DARUSSYIFA’ SHAH ALAM!
DI DARUSSYIFA’ SHAH ALAM!
PROGRAM CUTI SEKOLAH : KEMANTAPAN IMAN DAN SAHSIAH (KIDS)
Tarikh : 28 November 2011 sehingga 1 Disember 2011 (Isnin – Khamis)
Waktu : 8.30 pagi – 5.00 petang (tidak bermalam)
Tempat : DSSA
Yuran : RM250 bagi setiap peserta (termasuk minum pagi dan petang
serta makan tengahari)
Umur Peserta : 9 – 12 tahun (7 – 8 tahun boleh dipertimbangkan jika ada kekosongan).
Pendaftaran pada hari pertama (28/11/2011) adalah pada jam 8.00 pagi di DSSA
Sijil penyertaan @ penghargaan akan diberi pada hari terakhir program.
Pengisian:
a) Pemantapan sahsiah dan jatidiri;
b) Motivasi dan kaedah pembelajaran ke arah pencapaian kecemerlangan akademik;
c) Peranan anak soleh dan solehah dalam keluarga;
d) Pemantapan ibadah seperti bersuci, solat fardhu berjemaah, solat sunat dan bacaan Al-Quran;
e) Riadah ringan (aktviti dalam); dan
f) Aktiviti dalam kumpulan (LDK) yang menarik dan bersifat interaktif
Jurulatih :
1) Ustaz Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman
Certified NLP Practitioner (NFNLP) USA
MWS Licensed Trainer Professional
2) Puan Salwa bt Haron
Certified NLP Practitioner (NFNLP) USA
MWS Licensed Trainer Professional
3) Ustaz Hafizullah Abdul Aziz
Consultant & Pengarah Urusan
First Touch Resources
Merangkap Setiausaha Darussyifa’ Shah Alam
Untuk maklumat lanjut program,sila hubungi:
Cik Hazwani Karim (HP: 012-586 8225); dan
Saudara Muhammad Subhi Sirajuddin (HP: 013- 433 3185)
23 Nov
Pusat Rawatan Islam Darussyifa Shah Alam
Assalamualaikum w.b.t
Untuk makluman tuan/puan Pusat Rawatan Islam Darussyifa Shah Alam telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Daro’ Dr. Haron Din pada 23 Oktober 2011. Semenjak tarikh tersebut ia telah beroperasi sebagai pusat rawatan mengikut ketetapan berikut:
Lokasi: No. 1, Jalan Silat 11/3, Seksyen 11, 40000 Shah Alam, Selngor Darul Ehsan
Masa Rawatan: Setiap hari Ahad (9.00 pagi – 5.00 ptg)
Sekian harap maklum.

